Ahlan wa sahlan, wa marhaban...
Kursus Bimbingan Perguruan Profesional dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPPT) ini adalah hasil aspirasi Malaysia dalam merealisasikan wawasan Generasi Bijak IT. Gabungan kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Prestariang Technology Sdn Bhd, projek gergasi ini adalah bertujuan melatih guru-guru seluruh Malaysia di dalam asas TMK untuk digunakan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Sejak 17 September 2004, ATC Sabak Bernam melalui Kursus BPPT ini telah melatih kira-kira 950 orang guru. Sepanjang masa ini, 2 buah sekolah telah digunakan sebagai pusat latihan.
1. SMKA Simpang Lima, Sungai Besar (17 Sept 2004 - 28 Feb 2006)
2. SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam (20 Mac 2006 - Kini)
Dan sepanjang sesi latihan bermula dari 2004 sehingga kini beberapa orang tenaga pelatih telah berkhidmat di ATC ini.
Master Trainer - Encik Nik Aziz bin Nik Soh, ybnik (17 Sept 2004 hingga kini)
Trainer 1 - Encik Hazrol Eizwal bin Jasni (Kini di ATC Kuala Terengganu)
Trainer 2 - Encik Najib bin Sufari (Kini Back-up MT di HQ)
Trainer 3 - Encik Irman Shahriz bin Samaden, ishahriz (kini)
Pembantu PKS - Cik Alia binti Ahmad.
Sebelum ishahriz dan ybnik menulis lebih panjang di blog ini, harap dimaafkan kelewatan kemunculan blog ini. Kami agak sibuk menyelenggara ATC Sabak Bernam dari segi teknikal dan pengurusan...
Objektif utama blog ini adalah untuk berkongsi tentang apa sahaja yang berlaku mengenai Kursus BPPT ini amnya dan khususnya di ATC Sabak Bernam. Juga ishahriz harapkan blog ini mampu bertindak sebagai portal latihan lanjutan guru-guru dalam menimba ilmu, pengalaman dan seterusnya menambah pengamalan.
Sekian sahaja pengenalan blog dari ishahriz...